RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 iaitu ketika Malaysia mencapai kemerdekaan negara yang ke-13 tahun. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan di antara berbilang kaum di Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa Malaysia masih belum mencapai tahap keharmonian dalam perpaduan dikalangan masyarakatnya sungguhpun sudah hampir sedekad mencapai kemerdekaan pada waktu itu. Oleh itu, pembentukan Rukun Negara dianggap bersesuaian dalam membentuk semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Prinsip-prinsip Rukun Negara
1) Kepercayaan kepada Tuhan
- Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat yang beragama merupakan rakyat yang hidup berharmoni. Sungguhpun, Perlembagaan menetapkan bahawa Islam merupakan agama rasmi namun, agama-agama lain juga bebas dijalankan di Malaysia selagi tidak melanggar peruntukkan Perlembagaan.
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara. Raja melambangkan simbol penyatuan rakyat dan pelindung hal istimewa peribumi. Penderhakaan kepada raja bermaksud penderhakaan kepada negara.
3) Keluhuran Perlembagaan
- Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Sebarang pindaan undang-undang tidak boleh melanggar peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan. Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan Perlembagaan.
4) Kedaulatan Undang-undang
4) Kedaulatan Undang-undang
- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan sebarang kesalahan di sisi undang-undang. Rakyat akan hidup dalam keadaan aman selagi kedaulatan undang-undang dipelihara.
5) Kesopanan dan kesusilaan
- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. Ianya merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
Untuk menjamin perpaduan antara kaum bukanlah perkara yang mudah. Hal ini disebabkan setiap kaum memiliki budaya serta agama yang berlainan. Sungguhpun pelaksanaan Rukun Negara telah berlangsung selama lebih 40 dekad, masih terdapat masalah yang menimbulkan perpecahan kaum di Malaysia.
Mengapa masalah ini masih lagi terjadi?Adakah disebabkan pelaksanaan Rukun Negara bukan jalan penyelesaian yang bersesuaian?Ataupun, disebabkan penghayatan rakyat Malaysia hambar terhadap Rukun Negara?
Gambar di atas merupakan contoh kurangnya penghayatan terhadap Rukun Negara. Penghayatan Rukun Negara seharusnya bermula sejak zaman sekolah lagi. Hal ini kerana, sukar untuk membentuk sebuah masyarakat yang peka terhadap peri pentingnya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Oleh itu, bagaimanakah cara yang sewajarnya ditunjukkan oleh para pelajar bagi menghayati setiap prinsip Rukun Negara??