Friday, 29 November 2013

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - Malaysia bukanlah sebuah negara Islam


Assalamualaikum dan salam sejahtera awak semua..
Hye2!! 

Untuk posting blog saya yang pertama, saya nak kongsi dengan anda semua mengenai salah satu isu hangat yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak mengenai kebenarannya, iaitu isu 'Malaysia bukanlah negara Islam'. Benarkah Malaysia bukanlah sebuah negara Islam? Mengapa? Bagaimana ianya boleh terjadi? Semua ini kita akan kupas bersama-sama dalam posting saya pada kali ini, untuk melihat sejauhmana kesahihan mengenai perkara ini.

Sebelum itu, apa kita kita lihat dulu video ini;

Perlembagaan Persekutuan - undang-undang tertinggi di dalam negara. Hal ini bermaksud tidak boleh ada undang-undang yang lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan. Sebarang penggubalan undang-undang tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Negara Islam merupakan negara yang ditadbir dengan menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan. Walaubagaimanapun, pelaksanaan negara Islam tidak berlaku di Malaysia. Hal ini kerana di Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dijadikan pegangan untuk mengurus tadbir negara dan bukannya Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara ini juga jelas menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Sekular - Suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan tidak harus dicampur dengan urusan negara, politik dan pentadbiran.

Seterusnya, Perkara 3 dan 11 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan turut membuktikan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. 
Perkara 3 - Agama bagi Persekutuan
  • Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia.

Perkara 11 - Kebebasan Beragama
  • Dalam Perkara 11 ini, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya selagi tidak berlawanan dengan Perlembagaan.
Kebebasan beragama - Prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka.

Perkara 3 dan 11 menunjukkan bahawa, sungguhpun Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, agama lain juga bebas mengamalkan agama masing-masing selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kedua-dua perkara ini tidak membawa kepada pelaksanaan sebuah negara Islam dan menunjukan bahawa Malaysia hanyalah sebuah negara bebas.

Selain daripada itu, banyak tokoh-tokoh yang turut memberi pendapat bahawa Malaysia bukan negara Islam. Contohnya, Allahyarham Tunku Abdul Rahman membuat pengakuan bahawa 'This will no way affect the present position of the Federation as a secular state'. Sheikh Dr. Taufik Ramadhan Al Butti juga berpendapat bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam kerana bagi beliau, bagaimana Malaysia boleh menjadi negara Islam jika terdapat kepercayaan dari agama lain yang bebas dilaksanakan di Malaysia.

Oleh yang demikian, perkara di atas jelas membuktikan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. Agama Islam dijalankan secara menyeluruh hanya disebabkan majoriti rakyatnya beragama Islam. Pelaksanaan Perkara  3 & 11 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.